BUKIT KELUANG BEACH



Ok,apa khabar??saya sudah biasa menulis blog di dalam bahasa inggris,tapi untuk page bukit keluang ini saya menulis di dalam bahasa malaysi.bertukar angin la katakan,,,soalan pertama saya sebelum saya menulis dengan lebih lanjut lagi saya nak tanya anda sebagai rakyat negeri terengganu apa yang ada di bukit keluang?? apa yang menarik di sini?? selain dari menjadi lokasi pengambaran filem merong mahawangsa dan lokasi jamboree pengakap asia fasifik kali ke 18 pada tahun 1997 apa lagi yang ada di sini??ok lokasi bukit keluang terletak 15 km dari pekan jertih.6km dari pekan kuala besut dan 140 km dari bandaraya kuala terengganu.jika saya nak cerita kat sini apa yang menarik kat bukit keluang ni.huh,,5 page  tak habis lagi.ok untuk maklumat kepada anda yang akan datang bercuti ke negeri terengganu saya cerita serba sedikit apa yang saya tahu tentang bukit keluang ni.maklum lah anak jati besut kan,malu lah jika saya tidak tahu apa yang istimawanya bukit keluang ni.untuk maklumat anda kawasan perkelahan bukit keluang ni terbahagi kepada dua kawasan,sebelah utara 1 bahagian dan 1 lagi sebelah selatan,kawasan yang orang pergi bercuti dan mandi laut tu orang dah kenal  dah ,kawasan sebelah selatan bukit keluang ni tak ada pantai,tetapi ada kawasan yang berbatu yang amat cantik dan berhadapan dengan kuala sungai keluang di sini di larang mandi kerana arus air pasang surut yang amat laju,di seberanya pula bukit bubus,kawasan bukit bubus sekarang ini sedang di majukan sebagai salah satu lokasi percutian  dan sekarang sedang didirikan kampus UDM,dahulu kawasan bukit bubus menjadi kawasan kem latihan tentera.tahukan anda bahawa di kawasan sebelah selatan bukit keluang ini terdapat lokasi sejarah perang dunia ke dua??di sini terdapat kawasan pekuburan lama milik tentera jepun yang terkorban semasa perang dunia ke dua dahulu..kawasan perkuburan ini hanya terletak di tepi jalan sahaja.jika anda datang ke sini pada sebelah petang terasa seram jugak melihat kawasan perkuburan lama tentera jepun ni.di kawasan ini juga amat terkenal dengan lokasi memancing bagi kaki pancing,selain dari itu anda jugak dapat menerokail gua gua yang terdapat di kawasan ini,anda di nasihatkan supaya menjaga tatatertib dan percakapan anda semasa di sini kerana adalah di pecayail kawasan bukit keluang ini adalah sebuah kawasan keras dan berpenunggu.dan di katakan di sini juga menjadi lokasi puteri dari kayangan datang bermain .di kawasan ini juga di katakan lokasi pertapaan yang amat popular di kalangan pengamal ilmu kebatinan,jika anda mendaki ke puncak bukit keluang anda akan dapat melihat pemandangan indah sebahagian dari daerah besut,dan anda akan dapat melihat pemandangan beberapa buah pulau yang terdapat di perairan negeri terengganu.di sini juga terdapat beberapa buah resort antaranya bukit keluang beach resort,tanjung demong beach resort dan beberapa buah chelet..


CLICK BUKIT KELUANG MAPS

FISHING PACKAGE
AROUND HENTIAN ISLAND
REDANG ISLAND
LANG TENGAH ISLAND
BIDONG ISLAND
AND RHU HENTIAN ISLAND
For infomation please email
aakulatu@gmail.com

2 ulasan:

Thien Nguyen berkata...

Hi! I'm Thien from Vietnam. Thanks greatly for your sharing! Your article is really detailed and interesting.

FYI: Vietnam has a long coastal line with plenty of beautiful pristine and clear-water beaches. Some of the most world-famous beaches include Nha Trang beache, Phu Quoc beach. You can refer to Things to do in Vietnam for more interesting suggestions.

Hope to see you soon in Vietnam.

Thien Nguyen berkata...

Hi! I’m Thien from Vietnam. Thanks greatly for your sharing! That’s really helpful! If you visit Hanoi in these hot days, remember to head to Bia hoi junction Hanoi to slake your thirst and sample a lot of yummy street food here.

Hope to see you soon in our country!

Catat Ulasan

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Press Release Distribution